Saturday, January 3, 2009

Apakah itu Pengurusan

Program Pembangunan Pengurusan (PENGURUSAN) mempunyai misi untuk menyediakan latihan pengurusan yang berkualiti dalam bidang pembangunan organisasi dan sumber manusia, sistem pengurusan kualiti, perkhidmatan pelanggan serta nilai dan etika.

Program dan aktiviti yang dirancang oleh Program ini adalah berteraskan kepada objektif iaitu membangunkan anggota sektor awam yang kompeten dengan kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku yang diperlukan bagi membentuk pengurus dan penyelia yang efektif dalam organisasi sektor awam.

Program Pembangunan Pengurusan (PENGURUSAN) mengamalkan empat (4) strategi utama seperti berikut :

1. Merancang dan mengendalikan program latihan pembangunan organisasi dan sumber manusia bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai-nilai murni serta sikap positif bagi meningkatkan prestasi sumber manusia dalam sektor awam;

2. Melaksanakan kajian dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi memenuhi keutamaan dan keperluan semasa stakeholders dan sektor awam;

3. Memberikan khidmat perundingan dan khidmat nasihat dalam bidang pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia untuk menyumbang kepada pembangunan organisasi sektor awam; dan

4. Mewujud dan memperkukuhkan rangkaian perhubungan dengan agensi dan institusi dalam dan luar negeri untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga pengajar dalam bidang pengurusan.